Friday 29 August 2008

Mukadimah


Sejarah merupakan ilmu yang menarik untuk dipelajari. Melalui pengalaman melayari masa lampau kita dapat menghayati peristiwa dan pengalaman masa silam yang pelbagai dan penuh dengan khazanah yang menuntun manusia ke arah kehidupan yang lebih sempurna dan bertamadun.


Atas kesedaran untuk menyemaikan nilai memahami dan mempelajari cara hidup manusia masa lampau maka adalah menjadi perlu untuk kita mengkaji, mendalamai dan menilai setiap tindakan dan peristiwa yang telah berlaku supaya memberi ikhtibar dan pengajaran kita kita untuk meneroka masa hadapan yang lebih cemerlang dan gemilang.


Sejarah adalah ilmu yang membawa kita ke satu alam pengembaraan yang luas dan mempersonakan. Setiap zaman yang menjadi medium penerokaan kita menjanjikan satu pengalaman dan pengetahuan yang tidak ternilai untuk menuntun kita ke arah kehidupan kita yang lebih sempurna di masa hadapan. Mata pelajaran sejarah menjanjikan satu penerokaan yang membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sempurna melalui pengalaman berharga yang diteroka oleh pendahulu zaman yang menjadi objek kajian sejarah.